1. Ketahui perbezaan bentuk cincin yang diingini dan
pilihlah mengikut karektor diri.
2. Jangan terpengaruh dengan rekaan bentuk cincin. Ini
kerana, berkemungkinan ianya tidak sesuai di jari anda. Jadi, cubalah
kesemuanya yang anda berminat.
3. Penggayaan cincin di jari adalah berbeza-beza.
Sekiranya, jari anda mempunyai jari yang halus dan kurus, elakkan daripada
memakai cincin berbentuk besar.
4. Kaji selidik kandungan dan kesesuaian cincin untuk anda
dan pasangan. Pilihlah warna dan bentuk yang sesuai mengikut warna kulit anda.
5. Bersabar dalam pemilihan cincin dan buatlah keputusan
yang terbaik.
6. Rajinkan diri anda untuk membuat perbandingan di semua
kedai emas dan permata yang berdekatan untuk idea cincin terkini dan sesuai
buat pasangan anda.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu
ke jari manis. Tidak salah mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk
memenuhi cita rasa.
8. Gunakan kemudahan cermin yang disediakan di kedai
tersebut untuk meneliti cincin yang disarungkan di jari anda.
9. Elakkan dari memilih cincin yang terlalu ketat atau
longgar. Sesuaikan saiz mengikut keselesaan anda.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan
cincin yang berkenan di hati….